IMG 5174

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI PAHANG

KUANTAN, 3 APRIL: Kursus ini dihadiri seramai 55 orang peserta terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan, staf Majlis Sukan Negeri Pahang, para guru, atlet serta orang awam dari negeri Pahang dan sekitar bandar Kuantan.

Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

Bagi subjek Anatomi dan Fisiologi Sukan, para peserta telah diberi peluang oleh penceramah yang di lantik iaitu Mejar General Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin Bin Bidin untuk melawat serta mempelajari tentang Anatomi dan Fisiologi di Muzium Anatomi di Kolej Universiti WIDAD, Kuantan, Pahang.

Seramai 5 orang penceramah telah dilantik oleh Pihak Akademi bagi kursus kali ini terdiri daripada En. Wan Azmanan Bin Wan Yusoff, Mejar General Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin Bin Bidin, En. Zolkifli Bin Abd. Ghani, En. Hassan Bin Nor dan Prof. Madya Dr. Hairul Anuar Bin Hashim.