16427597 456143841441730 7987375165893295423 N

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 DI IPG BATU LINTANG, KUCHING

 

Kuching, 4 Februari: Kursus ini dihadiri seramai 61 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pegawai sukan, guru, atlet dan orang awam. Kursus berlangsung selama 5 hari yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

 

Kehadiran Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Dr. Ong Kong Swee bagi sesi perasmian kursus ini disambut meriah bagi kalangan para peserta dan sedikit sebanyak memberi semangat dan sokongan bagi menjalani kursus ini dengan jayanya.