Terengganu

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1, 16 – 20 JUN 2019, TERENGGANU

GONG BADAK: Kursus Sains Sukan Tahap I anjuran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu telah diadakan pada 16 hingga 20 Jun 2019 di Bilik Seminar 1, Majlis Sukan Negeri Terengganu. Kursus ini dihadiri oleh 62 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih, atlet, guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang.

 

Kursus ini turut dihadiri dengan kehadiran Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu yang sudi meluangkan masa untuk memberi ucapan dan amanat kepada para peserta kursus di samping dapat memberi semangat dan motivasi kepada semua peserta.

 

Seramai 5 orang tenaga pengajar terlibat dalam menjayakan kursus ini antaranya Encik Wan Azmanan Wan Yusof, Dr. Mohd Nizam Mat Jawis, Encik. Zolkifli Abd. Ghani, Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah dan Pn. Rapida Saimi.

Semoga peserta kursus lulus dalam ujian yang telah dilalui dengan jayanya, All the best!!