TLDM

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1, 1 – 5 JULAI 2019, TLDM KOTA KINABALU, SABAH

TLDM KOTA KINABALU: Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 yang dihadiri seramai 26 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota TLDM Kota Kinabalu, Sabah bertempat di Pusat Kecemerlangan Perahu Layar TLDM. Kursus berjalan selama 5 hari bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 5 Julai 2019.

 

Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

 

Seramai 7 orang penceramah telah dilantik oleh Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi kursus kali ini terdiri daripada YM Raja Ismail, Dr. Pathmanathan, Dr. Yau May Yann, Pn. Nursyaditina Ain, En. Alimuddin, En. Nik Mohamad Faiz dan Cik Melissa Naeng bagi menyampaikan input-input sains sukan kepada semua peserta.

 

Kursus ini telah berlansung dengan jayanya.