Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia 3

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1,  1 – 5 JULAI 2019, DEWAN PERDANA, ISN

BUKIT JALIL: Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 yang dihadiri seramai 68 orang peserta daripada warga Pekak. Kursus berjalan selama 5 hari bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 5 Julai 2019.

Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

Seramai 9 orang penceramah telah dilantik oleh Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi kursus kali ini terdiri daripada En. M.P Haridas, En. Vivekanandan, Cik Christabelle Chong, Pn. Rosnah, Pn. Nor Syazana, En. Yujaraj, Pn. Nur Diana, Dr. Lim Boon Hooi, dan Cik Raja Shahzuryani bagi menyampaikan input-input sains sukan kepada semua peserta.

Kursus ini telah berlansung dengan jayanya