IMG 20190401 105442

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1, 01 – 05 APR 2019 MELAKA

Ayer Keroh, Melaka, 19 April 2019 – Kursus Sains Sukan Tahap I anjuran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka telah diadakan pada 1 hingga 5 April di Dewan Zamrud Wisma Negeri Ayer Keroh, Melaka. Kursus ini dihadiri oleh 52 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih, atlet, guru di sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kuala Lumpur.

Kursus ini turut dihadiri dengan kehadiran YBrs. Dr. Vellapandian A/L Ponnusamy, Pengarah Akademi Kejurulatihan Kebangsaan yang sudi meluangkan masa untuk memberi ucapan dan amanat kepada para peserta kursus di samping dapat memberi semangat dan motivasi kepada semua peserta.

Seramai 6 orang tenaga pengajar terlibat dalam menjayakan kursus ini antaranya Encik Muliyadi Jamal, Puan Norlizah Hamid, Dr. Choong Wai Kwong, Encik Mazwan Zainuddin, Puan Nor Azura Mat Nasir dan Encik Yuvaraj A/l Ramasamy.

Semoga peserta kursus lulus dalam ujian yang telah dilalui dengan jayanya, All the best!!