Artwork BM V2

KURSUS SAINS SUKAN (KSS)

KURSUS SAINS SUKAN (KSS) – merupakan salah satu komponen di bawah Skim Pensijilan kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). SPKK adalah satu program pembangunan kejurulatihan yang seragam dan berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke arah memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.

Permohonan kursus Sains Sukan Mac / April 2019 kini dibuka, pemohon boleh mencetak borang permohonan dibawah.

*Rujuk kepada kadar baru yuran kursus

MUATTURUN

Lengkapkan borang tersebut dan hantar ke alamat Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi proses pendaftaran peserta.

Borang-borang yang siap di isi perlu dihantar ke alamat:

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur.

Kadar Baru Yuran Kursus:

Bil                         Kursus                                       Yuran (RM)

1.            Kursus Sains Sukan Tahap 1                    150

2.            Kursus Sains Sukan Tahap 2                    200

3.            Kursus Sains Sukan Tahap 3                     300

 

*Pemegang Lesen Kejurulatihan berdaftar dibawah AKK tidak lagi menerima sebarang diskaun tambahan bagi semua kursus.