DSC 5092

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN TAEKWONDO TAHAP I DAN II

24 MAC, BUKIT JALIL: Kursus ini dihadiri seramai 114 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pegawai sukan, guru, bekas pemain dan orang awam yang berlangsung di Dewan Perdana ISN dan Gimnasium 2, MSN. Kursus berlangsung selama 3 hari yang dikendalikan oleh Persekutuan Taekwondo Malaysia (MITF) dengan kerjasama pihak AKK.

Kehadiran Juara Dunia yang terkenal, Master Jaraslow Suska dari Poland bagi kursus kali ini disambut meriah oleh para jurulatih dan sedikit sebanyak memberi semangat bagi menjalani ujian dan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Master Juraslow merupakan pemenang 5 kali Kejuaraan Dunia dan 20 kali Kejuaran Eropah.