KSSP TAHAPI  KELANTAN (6)

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN SPESIFIK SILAT TAHAP I DI KELANTAN

BACHOK, 22 FEBRUARI; Kursus ini dihadiri seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih separuh masa, guru, penjawat awam, pesara tentera dan pelajar.yang dianjurkan Pertubuhan Gabungan Seni Silat Negeri Kelantan di bawah naungan PESAKA serta Majlis Sukan Negeri Kelantan.

Kursus ini telah berlangsung di Pusat Latihan Yayasan Nik Yahaya Bachok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti bagi sesi amali kejurulatihan.

Sebanyak 7 subjek pembelajaran telah dipelajari di dalam kursus ini iaitu, Sejarah Perkembangan Silat, Peraturan Pertandingan Pencak Silat, Teknik dan Taktik Pencak Silat,Kaedah komponen sains sukan pula, subjek Kemahiran Sukan dan Pemakanan Sukan Latihan dan Sesi Amali Kejurulatihan. Bagi telah dipelajari oleh peserta.

Seramai 4 orang instruktur dilantik bagi kursus kali ini terdiri daripada Encik Nazri Bin Nasir, Encik Sharul Fahmi, Encik Hj Mustapha dan Encik Soma Sundram iaitu seorang instruktur lantikan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi mengajar komponen Sains Sukan.

Upacara penutup kursus ini telah dilaksanakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan YBhg. Datuk Haji Mohamad Noordin Haji Awang pada 26 Februari 2018 (Isnin).