Hoki Cover

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN SPESIFIK HOKI TAHAP I

Ipoh, 26 Julai;  Satu Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Hoki Tahap 1 telah berlangsung bertempat di Bilik Seminar, Majlis Sukan Negeri Perak yang disertai seramai 24 org peserta terdiri daripada jurulatih tempatan, para guru serta bekas atlet.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia dan Instruktur yang bertanggungjawab bagi menyampaikan input-input berkaitan kursus adalah En. Megat Azrafiq dan En. Manjit.

Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini bermula pada 25 Julai 2017 dan akan tamat pada 28 Julai 2017. Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Konfederasi Hoki Malaysia kerana sentiasa memberi kerjasama yang baik dan berusaha keras didalam melahirkan jurulatih-jurulatih yang berkualiti.