Berita1

Kursus Kejurulatihan Sukan Pelayaran Tahap II

Kursus Kejurulatihan Sukan Pelayaran Tahap II telah berlangsung dengan jayanya pada 29 September hingga 5 Oktober 2016 yang lalu. Kursus yang diadakan di Tanjung Leman Beach Resort, Tanjung Leman, Mersing, Johor ini telah disertai oleh 13 orang peserta. Kursus ini telah berlangsung selama 7 hari dan diisi dengan pelbagai teori dan praktikal yang berguna kepada para peserta. Antaranya, para peserta diajar cara-cara untuk mengaplikasikan Sains Sukan dalam Sukan Pelayaran. Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Hj. Mazlan Othman, iaitu CEO Malaysia Sailing Association. Para peserta telah menduduki peperiksaan yang berkaitan dan menerima sijil daripada pihak AKK.