Pelayaran Tahap 1  Langkawi Kedah (7)

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN PELAYARAN TAHAP I DI KEDAH

LANGKAWI, 13 JANUARI; Satu kursus telah dianjurkan oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) di Pusat Latihan Pelayaran Kebangsaan bermula pada 13 – 16 Januari 2018. Kursus ini telah disertai Seramai 18 orang jurulatih yang berpengalaman dalam sukan pelayaran. Pihak instruktur adalah seramai 3 orang terdiri daripada Jurulatih elit atau PODIUM yang berpengalaman iaitu En. Afendi Abdullah, instruktur yang berpengetahuan dalam bidang pelayaran En. Mohammad Sahir dan instruktur dalam bidang spesifik Sains Sukan, En. Soma Sundram.

Kursus berlangsung selama empat hari ini melibatkan sesi teori dan praktikal dalam megukuhkan lagi ilmu dalam bidang pelayaran agar dapat menjadi jurulatih yang lebih efektif kelak.