IMG 3218

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN KABADDI TAHAP I

Klang, Selangor, 23 Januari: Kursus ini dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pegawai sukan, guru, bekas pemain dan orang awam. Kursus berlangsung selama 5 hari berakhir pada 27 Januari yang dikendalikan oleh Persatuan Kabaddi Malaysia (KAM) dengan kerjasama Persatuan Kabaddi Negeri Selangor bertempat di Komplek Rakan Muda Kapar, Klang, Selangor.