WhatsApp Image 2018 06 28 At 3.04.37 PM

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN GIMNASTIK TAHAP III DI BUKIT JALIL

BUKIT JALIL, 25 JUN; Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) telah lama tidak menganjurkan Kursus Jurulatih Gimnastik Artistik Tahap 3 sejak tahun 1998.

Pada pertengahan tahun 2018, MGF sekali lagi menganjurkan Kursus Jurulatih Gimnastik Artistik Tahap 3 bertempat di Gymnasium 3, MSN yang dihadiri seramai 20 jurulatih yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu 15 melayu, 4 cina dan 1 sabah. Tiga daripadanya adalah jurulatih JPM MSN, 5 guru lelaki dan 1 guru perempuan.

Kursus tersebut dikendalikan 2 orang Instruktur iaitu En Liew Tong Ee dan Cik Cheong See Teng bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 7 malam setiap hari berlangsung dan jurulatih diberi rehat 3 kali, sarapan pagi,makan tengahari dan minum petang dengan bayaran RM 500 untuk 5 hari tidak termasuk penginapan jurulatih.