WhatsApp Image 2018 06 26 At 4.53.32 PM

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN BESBOL TAHAP I DI SELANGOR

UPM SERDANG, 26 JUN; PBM buat pertama kalinya menganjurkan Kursus Jurulatih Besbol Tahap I bertarikh 26 – 30 Jun 2018 yang dihadiri seramai 25 jurulatih yang terdiri daripada kaum Melayu 24 jurulatih dan cina 1. 15 daripadanya adalah dari kalangan guru lelaki. Persekutuan Besbol Malaysia (PBM) telah lama tidak menganjurkan Kursus Jurulatih Besbol sejak tahun 2003 lagi.

Kursus tersebut dikendalikan oleh 2 orang Instruktur iaitu En. Sazali Hussen (Persatuan Besbol Putrajaya) dan Tuan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad (UPM,Serdang) bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 7 malam setiap hari berlangsung dan jurulatih diberi rehat 3 kali, sarapan pagi,makan tengahari dan minum petang dengan bayaran RM300 untuk 5 hari tidak termasuk penginapan jurulatih.