IMG 5525

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN BERBASIKAL TAHAP I

KUBANG KERIAN, 19 APRIL; Kursus ini dihadiri seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada 23 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan di kalangan jurulatih tempatan, guru, bekas pemain dan orang awam. Kursus berlangsung selama 5 hari yang dikendalikan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia.

Kursus berlangsung dengan jayanya hasil daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan kerjasama yang baik dari para peserta kursus.