IMG 3705

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI JOHOR BAHRU

Johor Bahru, 12 Februari; Kursus ini dihadiri seramai 48 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pegawai sukan, guru, bekas atlet dan orang awam. Kursus berlangsung selama 5 hari di Open University Malaysia, Stulang Johor Bahru yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

Di antara tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini adalah Tuan Ramlee Ismail, Tuan Syahrul Ridhwan Morazuki, Tuan Hadafi Fitri, Dr. Asha Hasnimy dan Tuan Sallehuddin Ibrahim.

Sesi teori dan praktikal berjalan dengan lancar di samping banyak manfaat diperolehi peserta bila mana pengalaman tenaga pengajar dalam bidang masing-masing dikongsi bersama.