DSC 0255

KURSUS KEJURULATIHAN MEMANAH TAHAP I DI KELANTAN

PASIR MAS, 8 NOVEMBER; Selama 5 hari menimba ilmu di bumi Kelantan, seramai 42 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih, atlet, atlet memanah Anggota Tentera Malaysia (ATM), dan penggiat sukan memanah bersama-sama menjayakan kursus ini. Kursus berlangsung di SMK Tiang Chandi dan dianjurkan oleh Persatuan Memanah Negeri Kelantan, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK).

Pihak tenaga pengajar diketuai oleh En. Zainuddin bin Talib dan dibantu oleh En. Azizul Khairi bin Tajudin serta En. Chong Yap Jin. Bagi subjek Sains Sukan telah diajar oleh En. Md Noor bin Mohamed dari sudut “Sports Skill” dan Pemakanan Sukan. Kursus ini meliputi dua sesi iaitu teori dan praktikal dan ujian juga melibatkan dua sesi ini. Para peserta dilihat sangat berpengalaman dan tidak jemu untuk mempelajari ilmu baru dalam sukan Memanah.

Diharap kursus ini memberi impak kepada seluruh warga kejurulatihan tidak kira lapisan usia agar ilmu memanah dapat dikongsi dan diamalkan bersama. Moga sukan memanah terus kekal hebat di mata dunia!