IMG 3970

KURSUS KEJURULATIHAN BOLA KERANJANG TAHAP II

 

Kuala Lumpur, 25 Feb: Kursus ini dihadiri seramai 24 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pegawai sukan, guru, bekas pemain negara dan seorang rakyat Australia. Kursus berlangsung selama 5 hari mengikut tarikh yang diselaraskan oleh (MABA) yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).

 Kursus ini melantik 4 tenaga pengajar yang berpengalaman yang telah lama berkecimpung dalam Kejurulatihan Sukan Bola Keranjang Negara iaitu Dr Teng Tjoon Tow, En Tan See Wah, En Goh Cheng Huat, dan En Chua Kok Kian.