DSC 6709

KURSUS KEJURULATIHAN BADMINTON TAHAP I

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menganjurkan kursus ini selama 5 hari bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur. Kursus ini dihadiri seramai 60 orang peserta, 58 lelaki dan 2 perempuan serta penglibatan dari peserta warganegara Indonesia dan India.

Kursus dikendalikan oleh En. Muhtasham Bin Katan, Jurulatih dari Jawatankuasa Kejurulatihan BAM dan juga YM Dr. Tengku Fadhilah bagi subjek Sains Sukan serta turut melibatkan sesi praktikal. Semoga kursus ini dapat melahirkan jurulatih-jurulatih  yang bertauliah dan memartabatkan sukan badminton di mata dunia.