WhatsApp Image 2018 07 19 At 10.01.26 AM (13)

KURSUS INTRODUCTION TO SPORTS MASSAGE DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 17 Julai; Kursus ini telah dihadiri seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada 12 jurulatih sepenuh masa dan separuh masa di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan,guru,penjawat awam dan jurulatih persendirian.

Kursus selama 2 hari ini telah berlangsung di Gimnasium Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di Menara Seri Wilayah di Putrajaya. Dr.Lim Boon Hui sebagai instruktur bagi kursus ini adalah daripada lantikan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya. Sesi pembelajaran diselang-seli di antara sesi teori dan sesi praktikal di mana Dr Lim Boon Hui mula memberi penerangan dan demo cara melakukan urutan sukan kepada peserta.

Sesi pada kali ini banyak melibatkan penerangan komponen tertentu subjek anatomi dan fisiologi seperti sistem rangka, sistem otot, sistem limfatik dan sistem saraf kerana urutan badan adalah amat berkait dengan pengetahuan dalam subjek tersebut.

Upacara penutup kursus ini disudahi dengan majlis pemberian sijil pada peserta kursus oleh pemangku Pengarah MSNWP Encik Nor Shah Bin Mohamed dan semua peserta bergambar berkumpulan sebagai kenangan.