Sport Massage MSN Bj (2)

KURSUS INTRODUCTION TO SPORTS MASSAGE DI BUKIT JALIL

MSN BUKIT JALIL, 24 JULAI;  Kursus ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada 22 jurulatih sepenuh masa dan separuh masa di dibawah Majlis Sukan Negara yang terdiri dari Program Sukma, Pelapis, Pembangunan, guru, penjawat awam dan jurulatih persendirian.Kursus selama dua hari ini telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Merpati 1, Casa 1 di Majlis Sukan Negara.

Dr.Lim Boon Hui merupakan instruktur bagi kursus ini adalah lantikan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya. Sesi pembelajaran diselang-seli di antara sesi teori dan sesi praktikal di mana Dr Lim Boon Hui mula memberi penerangan dan demo cara melakukan urutan sukan kepada peserta.

Sesi pada kali ini banyak melibatkan penerangan komponen tertentu subjek anatomi dan fisiologi seperti sistem rangka, sistem otot, sistem limfatik dan sistem saraf kerana urutan badan adalah amat berkait dengan pengetahuan dalam subjek tersebut.

Upacara penutup kursus ini disudahi dengan majlis penyerahan sijil pada peserta kursus oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara, En Suhardi Alias dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.