WhatsApp Image 2017 08 16 At 9.06.44 AM

KURSUS “INTRODUCTION TO SPORT MASSAGE” DI SABAH

KOTA KINABALU, 16 OGOS 2017: Kursus “Introduction to Sport Massage” telah berlangsung bertempat di Bilik Kuliah 2, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Majlis Sukan Negeri Sabah yang disertai seramai 45 orang peserta terdiri daripada jurulatih tempatan serta para guru.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah bagi memberikan pendedahan awal kepada para peserta berkenaan asas urutan sukan.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini bermula pada 15 Ogos dan tamat pada 16 Ogos 2017. Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sabah kerana sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang kursus berlangsung dan berusaha keras memastikan jurulatih sentiasa didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang baru.