IMG 20180329 WA0009

KURSUS BASIC COACH EDUCATION (BCE) DI SARAWAK

SIBU, 27 MAC; Kursus ini dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 31 jurulatih sepenuh masa dan separuh masa di Majlis Sukan Negeri Sarawak dan 8 orang jurulatih persendirian.

Kursus ini telah berlangsung di Stadium Tertutup Sibu Sarawak.

Sebanyak 6 subjek pembelajaran telah dipelajari di dalam kursus ini iaitu Planning and Practice, Teaching and Learning, Design Basic Sport Program,Nutrition, Making Ethical Decision dan Basic Mental Skill dipelajari oleh peserta.

Seramai 4 orang instruktur dilantik bagi kursus kali ini terdiri daripada Dr.Chin Ngien Siong, Dr.Pathmanathan, dan Encik Ravi. Ketiga-tiga mereka merupakan instruktur lantikan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi mengajar subjek di dalam kursus ini.

Upacara penutup kursus ini disudahi dengan majlis pemberian sijil pada peserta kursus.

Semoga jurulatih yang terlibat dalam kursus ini dapat mengaplikasikan pengetahuan diraih di dalam program latihan atlet mereka.