WhatsApp Image 2018 03 01 At 11.01.47 AM

KURSUS BASIC COACH EDUCATION (BCE) DI PAHANG

KUANTAN, 23 JANUARI; Kursus ini dihadiri seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih dibawah Progam SUKMA dan Pelapis Negeri yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Kolej Universiti WIDAD.

Sebanyak 6 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Planning & Practice, Nutrition, Basic Mental Skills, Making Ethical Decision, Teaching & Learning dan Design a Basic Sport Program. Penekanan subjek ini menjurus kepada kemahiran secara teknikal dan praktikal yang boleh ditekankan oleh jurulatih semasa dan selepas latihan.

Seramai 4 orang penceramah telah dilantik oleh Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi kursus kali ini terdiri daripada Prof Madya Dr Nur Ikhwan (UPSI), Pn Azimah Ahmad (UPNM), Prof Madya Dr Hairul Anuar (USM), dan Prof Madya Dr Tengku Fadilah (UPM) bagi menyampaikan input-input sains sukan dan kemahiran sebagai juruatih kepada semua peserta.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Pahang,En. Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi pada 25 Januari 2018 (Khamis) dimana semua peserta diberikan sijil penyertaan bagi program yang disertai.