IMG 20180313 WA0020

KURSUS BASIC COACH EDUCATION (BCE) DI KEDAH

ALOR SETAR, 11 MAC; Kursus ini dihadiri seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih sepenuh masa dan separuh masa di Majlis Sukan Negeri Kedah.

Kursus ini telah berlangsung di Kompleks Belia Dan Sukan bersebelahan Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Sebanyak 6 subjek pembelajaran telah dipelajari di dalam kursus ini iaitu Planning and Practice, Teaching and Learning, Design Basic Sport Program, Nutrition, Making Ethical Decision dan Basic Mental Skill dipelajari oleh peserta.

Seramai 4 orang instruktur dilantik bagi kursus kali ini terdiri daripada YM PM Dr Tengku Fadilah, PM Dr. Nik Shanita, dan Dr. Balbir Singh. Ketiga-tiga mereka merupakan instruktur lantikan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi mengajar subjek di dalam kursus ini.

Upacara penutup kursus ini disudahi dengan majlis pemberian sijil pada peserta kursus.