DSC 0446

COACHING TALK & SHARE 3rd SERIES 2017

ISN BUKIT JALIL, 13 OKTOBER: Seramai 249 orang peserta menghadiri program ini yang terdiri daripada Jurulatih MSN, Kakitangan ISN, Jurulatih FAM, Jurulatih SSBJ, jurulatih luar, serta para pelajar IPTA/IPTS dan orang awam. Pihak penceramah, Prof. Dr. Dr. hc. Dietmar Schmidtbleicher menyampaikan topik beliau dengan sangat baik berkaitan perancangan Program Periodisasi dan Latihan Kekuatan sepanjang tahun yang boleh diamalkan oleh setiap jurulatih selepas ini.

Kedatangan peserta seawal jam 7:45 pagi membuatkan program ini tampak serius dengan ilmu-ilmu yang bakal dikongsi kepada semua. Para peserta rata-ratanya memberi fokus serta sesi soal jawab yang berkesan dalam sesi dua jam ini. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran En. Ahmad Zawawi bin Zakaria, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN dan turut menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Sambutan yang baik dan amat menggalakkan dari warga sukan kali ini sangat dihargai oleh kami warga Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, ISN. Moga kita bertemu lagi dalam program-program mendatang. Terima kasih semua!

#teamakk #teamisn #coaching #winningmentality