DSC 0164

Coaching Talk & Share 2nd Series 2017

BUKIT JALIL, 23 SEP: Penganjuran program pada kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 122 orang peserta yang terdiri daripada Jurulatih Kita Juara, Jurulatih tempatan dan luar negara, Pegawai dan anggota ISN serta MSN, atlet dan juga orang awam. Program ini berlangsung di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara bermula jam 12 tengahari sehingga jam 1 petang. Perkongsian ilmu telah dilakukan oleh En. Allan Black, Pengarah Kejurulatihan Kebangsaan bertajuk “The How and Why of Training Daily Plans”. Sesi seterusnya akan diadakan pada bulan Ramadhan nanti. Moga kita jumpa lagi pada sesi ke-3.