CTAS22018 (10)

COACHING TALK & SHARE 2/2018

BUKIT JALIL, 28 FEBRUARI; Pada sesi kali ini, En. Jeremy Frith telah dijemput dan merupakan speaker yang telah berkongsi ilmu bagi tajuk “Winning Mentality:Growth Mindset”. Perkongsian selama satu jam ini banyak membantu kepada para peserta terutamanya jurulatih-jurulatih dalam membentuk atlet yang mantap bukan sahaja dari sudut fizikal malahan dalam aspek perkembangan mental.

Peserta seramai 128 orang yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih Podium dan MSN, pegawai dan anggota ISN, atlet, pensyarah, guru, pelajar IPTA, dan juga peserta yang berdaftar secara dalam talian. Semua peserta diharap beroleh manfaat dan dapat diterjemahkan kepada para anak didik nanti.

Semoga sesi ini terus mendapat sambutan semua penggiat sukan dan menjadi medan perkongsian antara para pakar dan jurulatih di luar sana. Ayuh!

#teamAKK #teamISN #alwayscoachingalwayslearning