DSC 0547

COACHING TALK & SHARE 1/2018

BUKIT JALIL, 10 JANUARI: Kehadiran hampir 200 orang penggiat sukan di Dewan Perdana, ISN yang terdiri di kalangan Jurulatih PODIUM,  jurulatih MSN, Kakitangan ISN/MSN, pensyarah dan guru serta pelajar dari IPT sekaligus memberikan impak positif dan juga permulaan tahun baru yang gemilang bagi memantapkan ilmu Sains Sukan dalam bidang “Tapering and Peaking in Sports”.

Penceramah dari Sepanyol yang merupakan pakar dalam bidang ini, Dr. Inigo Mujika telah berkongsi pengetahuan, kajian dan pengalaman beliau sekaligus memberi input yang berguna kepada semua peserta sepanjang dua jam sesi tersebut. Di samping itu, sesi soal jawab dilihat menjadi medan para jurulatih berkongsi ilmu dalam menyediakan pelan perancangan program periodisasi yang lebih tersusun dan efektif untuk digunapakai nanti. Turut hadir Pengerusi Panel Penasihat AKK, YM PM Dr. Tengku Fadilah dan Pengarah AKK, Dr. Yeo Wee Kian pada sesi kali ini.

Program ini merupakan satu landasan terbaik bagi para jurulatih dalam memastikan ilmu Sains Sukan sentiasa diamalkan dalam membentuk atlet yang berkualiti dan berpotensi kelak. Sesi “Coaching Talk & Share” ini adalah siri yang pertama bagi tahun 2018 dan akan berterusan pada masa akan datang.