DSC 6249

COACHING TALK & SHARE 1/2017

BUKIT JALIL, 18 APRIL: Buat julung kalinya pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN dengan kerjasama pihak MSN telah menganjurkan program “Coaching Talk & Share” Siri 1, 2017. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih Kita Juara (KJ), jurulatih Paralimpik serta pegawai sukan yang menghadiri program ini yang bertempat di Auditorium 3, Majlis Sukan Negara. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dr. Yeo Wee Kian, Pengarah AKK dan En. Allan Black, Pengarah Kejurulatihan.

Para penceramah yang telah berkongsi ilmu adalah En. Yuichi Sasaki (Podium, ISN), En. Terry Walsh (Pengarah Teknikal, MHC) dan En. Tai Beng Hai (Pengarah Pembangunan, MHC). Dapatan pada program ini sedikit sebanyak membantu para jurulatih dalam memantapkan lagi program periodisasi mereka. Diharap program pada siri seterusnyam lebih mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua jurulatih.

#alwayscoahingalwayslearning