IMG 4604

BENGKEL PEMURNIAAN SILIBUS KURSUS SAINS SUKAN, JURULATIH PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN SIRI KEDUA

18 MAC 2017, KLANG LAMA; Permurniaan silibus bagi Kursus Sains Sukan, Kursus Jurulatih Pembangunan dan Pendidikan Kejurulatihan Berterusan ini adalah kesinambungan dari bengkel yang telah berlangsung pada bulan November 2016 tahun lalu. Dengan penglibatan semua Panel Penasihat Akademik AKK yang berpengalaman luas, bengkel ini memberi impak yang positif dalam penghasilan modul kursus yang berkualiti dan sejajar dengan kemajuan teknologi terkini.

Kursus ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBrs. En. Ahmad Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN sekaligus memberi aspirasi dalam menyediakan segala tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini memberi fokus dalam pemurniaan setiap silibus dalam Kursus Sains Sukan dan Kejurulatihan Berterusan (CCE) serta mewujudkan modul baru bagi Jurulatih Pembangunan. Diharap dengan hasil dapatan dari bengkel ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan idea dan pembelajaran baru kepada jurulatih-jurulatih di Malaysia.