Siri 3

BENGKEL PEMANTAPAN SILIBUS SAINS SUKAN, KEJURULATIHAN BERTERUSAN DAN JURULATIH PEMBANGUNAN SIRI 3 2017

KLANG LAMA, 8 JULAI; Pemurnian silibus kini tampak lebih tersusun dan efektif berikutan bengkel kali ini adalah merupakan yang terakhir dalam memantapkan kualiti penyampaian Ilmu Sains Sukan. Bengkel ini merupakan kesinambungan dari bengkel pada bulan Mac yang lalu dengan semua para panel Akademi Kejurulatihan Kebangsaan selaku pakar rujuk bersidang dan berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing.

Bengkel berlangsung selama 2 hari ini dihadiri seramai 41 orang diketuai YM PM Dr Tengku Fadilah selaku Pengerusi serta panel pakar (21) dan warga kerja AKK. Diharap agar semua usaha ini dapat memberi impak dalam penghasilan jurulatih yang bermutu tinggi kelak dalam melahirkan para atlet yang berilmu dan berprestasi tinggi. Silibus baru ini dijangka bakal dilaksanakan pada tahun 2018.