PENGENALAN

Lesen Kejurulatihan merupakan gabungan Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) dan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). Di bawah gabungan skim ini, jurulatih akan diberikan kad lesen dan sijil kejurulatihan sebagai perakuan pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Maklumat jurulatih yang berjaya ditauliahkan akan dimasukkan ke pangkalan data National Registry of Coach (NROC).

OBJEKTIF
  • Mengiktiraf jurulatih yang lulus Sijil Sains Sukan dan Sijil Sukan Spesifik mengikut tahap kepada kelayakan Lesen C, Lesen B dan Lesen A.
  • Mewujudkan platform kerjaya dalam kejurulatihan di peringkat akar umbi sehingga peringkat kebangsaan bergantung kepada pengalaman dan pencapaian atlet semasa.
PERMOHONAN LESEN

Permohonan Lesen Baharu

      • Sila rujuk PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN TERKINI dengan teliti.
      • Permohonan lesen baharu boleh dibuat melalui pendaftaran BORANG 1 secara talian (online registration).
      • Klik permohonan mengikut lesen yang ingin dimohon.
      • Sila isikan maklumat dan memberi lampiran SALINAN SIJIL YANG JELAS.
      • Kelulusan lesen mengambil masa sekurang – kurangnya TUJUH (7) HARI BEKERJA.
      • Pemohon akan menerima kelulusan melalui e-mel pemohon dan dimaklumkan di laman sesawang AKK.
      • Lesen bagi pemohon yang telah berjaya akan dikeluarkan DUA (2) HARI selepas pengisian BORANG 2 (makluman pembayaran).

Lesen C – Makluman Pemohon :

Borang 1 perlu diisi dengan lengkap.

Mempunyai sijil kelulusan kejurulatihan sukan spesifik Tahap I.

Mempunyai sijil kelulusan sains sukan Tahap I / Sijil pengecualian sains sukan AKK Tahap I.

 

 

BORANG 1

Lesen B – Makluman Pemohon :

Borang 1 perlu diisi dengan lengkap.

Mempunyai sijil kelulusan kejurulatihan sukan spesifik Tahap II.

Mempunyai sijil kelulusan sains sukan Tahap II / Sijil pengecualian sains sukan AKK Tahap II.

 

 

Lesen A – Makluman Pemohon :

Borang 1 perlu diisi dengan lengkap.

Mempunyai sijil kelulusan kejurulatihan sukan spesifik Tahap III.

Mempunyai sijil kelulusan sains sukan Tahap III / Sijil pengecualian sains sukan AKK Tahap III.

 

 

BORANG 2

  • BORANG 2 perlu diisi SETELAH mendapat KELULUSAN permohonan lesen baharu iaitu lesen C, B atau A.
  • PEMBAYARAN LESEN BAHARU sebanyak RM 50.00 (termasuk lesen baharu, sijil dan buku log) harus dibuat terlebih dahulu sebelum mengisi BORANG 2.
  • Lesen bagi pemohon yang telah berjaya akan dikeluarkan DUA (2) HARI selepas pengisian BORANG 2 (makluman pembayaran).
PERBAHARUI LESEN

Memperbaharui Lesen C, B dan A, Pemohon perlu :

  • Mengisi borang dengan lengkap.
  • Menyediakan gambar buku log yang telah dikemaskini.
  • Menyediakan gambar kad lesen yang akan/telah tamat tempoh.
  • Bayaran yang dikenakan dalam memperbaharui lesen C, B atau A adalah sebanyak RM 30.00.
  • Pembayaran PERBAHARUI LESEN harus dibuat terlebih dahulu sebelum mengisi bahagian maklumat ini.
  • Sila rujuk PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN TERKINI dengan teliti.
  • Sila isikan maklumat dan memberi lampiran SALINAN SLIP BAYARAN DAN GAMBAR PASPORT YANG JELAS.
  • Lesen bagi pemohon akan dikeluarkan TIGA (3) HARI BEKERJA dari tarikh permohonan. Bergantung kepada maklumat yang telah diberi.
PEMBAYARAN
  • Pembayaran Boleh Dibuat Melalui Dua (2) Cara:
  1. Pembayaran tunai;
  2. Transaksi atas talian kepada akaun Institut Sukan Negara :

                                                                      No. Akaun:             1 4 2 3 8 0 1 0 0 1 0 0 0 1

  • SEBELUM membuat sebarang transaksi atas talian (bayaran) bagi permohonan perlu PASTIKAN mendapat kelulusan maklum balas daripada pihak AKK. Sekiranya permohonan terbatal kerana tidak menepati syarat, WANG anda tidak akan dikembalikan.

 

PERTANYAAN

E-mel:

[email protected]

Alamat:

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur.

No. Tel :

03 – 89914852/ 4850/ 4876

(Hanya panggilan pada waktu pejabat sahaja akan dilayan)

Waktu Pejabat :

8.30 pagi – 12.30 tengah hari

2.30 petang – 4.30 petang

Pegawai Rujukan :

En. Freddy / En. Azhari