Pemohon boleh mencetak borang permohonan dibawah:

Borang Permohonan Pengecualian Kursus Sains Sukan

  • Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar melalui e-mel atau ke alamat Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi proses kelulusan permohonan peserta.
  • Kelulusan permohonan mengambil masa selama seminggu. Pihak AKK akan memaklumkan  melalui e-mel atau menelefon terus peserta.

E-mel:

[email protected]

Alamat:

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur.

Syarat Permohonan Pengecualian Kursus Sains Sukan

  • Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan merupakan kelebihan yang diberikan kepada pemohon yang telah mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda/ sarjana/ doktor falsafah dalam bidang yang berkenaan dan telah diperakukan oleh AKK. Kelayakan memohon Sijil tersebut adalah seperti berikut:
  • TAHAP I 
Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan Tahap I
  • Pemohon mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Sukan, Kejurulatihan, Pendidikan Jasmani atau  yang setara dengannya.

Cara permohonan

  • Borang permohonan Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan.
  • Transkrip dan sijil Ijazah Sarjana Muda (sains sukan/ kejurulatihan/ pendidikan jasmani). (sertakan Diploma Sains Sukan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan)
  • Transkrip pemohon perlu merangkumi sekurang-kurangnya  tujuh subjek antaranya Anatomi dan Fisiologi, Pemakanan Sukan, Biomekanik, Tingkahlaku Motor,  Perubatan Sukan dan Kecederaan Sukan, Psikologi Sukan, Suaian Fizikal.
  • Pembayaran RM 50
  • TAHAP II

Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan Tahap II

  • Pemohon mempunyai Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan, Kejurulatihan, Pendidikan Jasmani atau  yang setara dengannya.

Cara permohonan

  • Borang permohonan Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan.
  • Sijil KSS Tahap I/ Sijil Persamaan Taraf Tahap I
  • Transkrip dan sijil sarjana (sains sukan/ kejurulatihan/ pendidikan jasmani)
  • Pembayaran RM 75
  • TAHAP III

Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan Tahap III

  • Pemohon mempunyai Doktor Falsafah dalam Sains Sukan, Kejurulatihan, Pendidikan Jasmani atau  yang setara dengannya.

Cara Permohonan

  • Borang permohonan Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan.
  • Sijil KSS Tahap II/ Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan Tahap II
  • Transkrip dan sijil kelulusan peringkat PHD (sains sukan/ kejurulatihan/ pendidikan jasmani)
  • Pembayaran RM 100