Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan di seluruh negeri bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan. Kursus ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap I, II, dan III.

Peserta perlu mengetahui prosedur kursus terlebih dahulu supaya tiada kekeliruan atau masalah ketika menyertai kursus yang dijalankan. Prosedur Kursus mengandungi penerangan berkenaan sijil pengecualian kursus, tempoh kursus, permohonan kursus, yuran pendaftaran, pengecualian bayaran, kemudahan yang diuruskan penganjur, kandungan kursus, penilaian, tanggungan peserta, tatacara pemakaian, paparan keputusan, sijil dan lain – lain.

Berikut adalah prosedur kursus sains sukan: