PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN

 Program pendidikan berterusan merupakan program yang berkonsepkan perkongsian ilmu dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan. Antara program – program tersebut ialah:

ISN Continuous Education Series (ICE)

ICE adalah platform dalam meningkatkan kemahiran pembentangan dan memberi peluang kepada staf ISN untuk berkongsi ilmu pengetahuan, kajian dan penemuan baharu. Sembilan belas (19) siri telah dijalankan sepanjang tahun 2018.

ISN Lecture Series (ILS)

ILS adalah program yang berbentuk syarahan ilmiah ini memberi banyak maklumat dan perkongsian hasil dapatan kajian terkini khususnya dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan. Keistimewaan program ini adalah penceramah/pakar dari institusi luar negara mahupun dalam negara dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Melalui program ini, para peserta berpeluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pendapat dalam bidang masing–masing. Di samping itu juga, program ini mewujudkan komunikasi dua hala di antara para peserta dan penceramah/pakar jemputan. Lapan (8) siri ILS telah dijalankan sepanjang tahun 2018.

  

For more information: