Program ini menekankan aspek pembelajaran secara teori dan praktikal melalui satu rangkaian program seperti kursus, bengkel, seminar, simposium dan persidangan kepada semua jurulatih sukan di seluruh Malaysia. Program ini juga akan menjadi platform penyebaran segala maklumat yang terkini mengenai pendidikan kejurulatihan melalui hubungan industri dengan Badan Kejurulatihan Antarabangsa, Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Badan-Badan Korporat Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Badan-Badan Berkanun. ISN Lecture Series merupakan satu program pendidikan berterusan yang memberi ilmu pengetahuan secara teori mahupun praktikal kepada para pengamal sukan di tanah air. Program yang berbentuk ilmiah ini memberi banyak maklumat dan hasil kajian terkini khususnya dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan.

 

 

  • Melahirkan lebih ramai barisan jurulatih yang berpengetahuan terkini dalam bidang kejurulatihan dan sains sukan serta cemerlang di peringkat antarabangsa.
  • Meningkatkan pengetahuan jurulatih melalui kaedah penyusunan latihan secara sistematik dan penilaian prestasi atlet secara holistik.
  • Memberi pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan jurulatih berkaitan pemulihan fisiologi tubuh atlet melalui kaedah urutan sukan.
  • Meningkatkan pengetahuan jurulatih tentang kepentingan pemilihan dan perancangan makanan yang teratur melalui kaedah Penilaian Komposisi Tubuh.

Membantu para jurulatih dari aspek pembaharuan lesen kejurulatihan. Jurulatih yang telah memenuhi syarat menghadiri kursus CCE atau mana-mana bengkel atau seminar yang berkaitan sains sukan dalam tempoh masa 2 tahun seperti yang telah ditetapkan di dalam syarat pembaharuan lesen.