PENGENALAN

Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan di seluruh negeri bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan.  Kursus ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap I, II, dan III.

OBJEKTIF

Melatih dan membantu meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam perancangan program latihan yang lebih sistematik dan saintifik sebagai usaha meningkatkan kualiti kejurulatihan negara.

Memberi pendedahan awal terhadap aspek sains, perubatan dan teknologi sukan sebagai elemen teras dalam penyediaan atlet elit.

Mengiktiraf jurulatih yang berkelayakan melalui Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK).

TEMPOH KURSUS SAINS SUKAN DAN KADAR YURAN

  • Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah menetapkan tempoh kursus sains sukan dan kadar yuran kursus Sains Sukan Tahap I, II dan III bagi pemohon adalah seperti berikut:

  • Yuran ini TIDAK termasuk tanggungan makan dan minum atau penginapan peserta.
  • Peserta harus membuat pembayaran yuran secara wang tunai pada hari pertama kursus kepada penyelaras kursus dan setiap pembayaran akan dikeluarkan resit rasmi penganjur sebagai bukti pembayaran.
  • Peserta yang mempunyai kad YAKEB/ OKU akan mendapat potongan yuran sebanyak RM 50 bagi setiap kursus dengan mengemukakan salinan kad YAKEB/ OKU tersebut.
  • Sekiranya pihak penganjur GAGAL menyerahkan yuran pendaftaran peserta kursus yang telah dijalankan, sijil kursus tidak akan dikeluarkan.