Melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang diiktiraf dengan skim pelesenan kejurulatihan kebangsaan (SLKK) dan memperolehi skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan (SPKK) tahap I, II dan III.

Mempertingkatkan kemahiran dan prestasi jurulatih supaya berada setaraf antarabangsa di bawah program akademi kejurulatihan kebangsaan.

Mewujudkan daya saing di antara jurulatih menerusi program kursus sains sukan, sukan spesifik, bengkel aplikasi dan seminar.

Mempertingkatkan pengetahuan jurulatih seiring dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang kejurulatihan.

Memupuk budaya membaca dalam kalangan atlet, jurulatih, serta pegawai dan anggota Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Mengurus dan menyediakan maklumat terkini berkaitan sains sukan, teknologi sukan dan perubatan sukan.