PENGENALAN

Kepimpinan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah diserahkan secara rasminya di bawah pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) dari Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) yang beroperasi sepenuhnya mulai 1 Julai 2015. Peralihan tugas ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Khairy B. Jamaluddin pada 12 Februari 2015. Fungsi utama AKK ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah pusat rujukan kecemerlangan kejurulatihan sukan yang lebih tersusun, terutamanya dalam aspek pengiktirafan jurulatih dan pendidikan jurulatih. AKK akan menyumbang ke arah transformasi pendidikan kejurulatihan sukan bagi memastikan aspek kejurulatihan sukan di negara ini lebih seragam dan berada di tahap yang tertinggi serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

AKK merupakan satu bahagian di Institut Sukan Negara yang memberi pengiktirafan kepada jurulatih melalui Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK). AKK juga menawarkan program pendidikan kejurulatihan yang komprehensif melalui sistem akreditasi jurulatih sukan, iaitu program Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Tahap I, II dan III. SPKK merupakan satu piawai kebangsaan yang memberi pengiktirafan kepada status jurulatih dalam bidang sukan masing-masing.

Logo Akademi Kejurulatihan Kebangsaan