KSS TAHAP2

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II, 10 – 15 FEBRUARI 2020, DEWAN PERDANA ISN

BUKIT JALIL: Kursus Sains Sukan Tahap II telah membuka tirainya pada 10 – 15 Februari 2020 yang lalu. Kursus Tahap II yang diberikan kod II(1)2020 bertempat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara. Seramai 33 orang telah mendaftar Kursus Sains Sukan Tahap II  dan seramai 30 orang telah menghadiri kursus berkenaan.

Untuk tahun 2020, pertama kali topik baru diperkenalkan iaitu Anti Doping dan disampaikan oleh wakil dari Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) iaitu En. Nishel Kumar. Cik Wan Norafzan telah  menyampaikan ceramah untuk slot Falsafah dan Sukan di Malaysia sementara Datuk Marina Chin pula telah menyampaikan ceramah  Kompentesi Kejurulatihan pada hari pertama kursus. Lain-lain penceramah ialah En. Nishel Kumar dari ADAMAS, Pn. Nor Syazana, En. Mazwan Zainuddin, En. M. Izham, Pn. Nor Azura, Dr. Azril Syazwan dari Institut Sukan Negara dan En. A. Pharmy Jalil.

Kesemua 30 orang peserta  berjaya mengharungi enam hari berkursus dengan jayanya.