AKK 3 7 FEB 2020

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I, 3 – 7 FEBRUARI 2020, DEWAN PERDANA ISN

BUKIT JALIL:Kursus Sains Sukan  membuka tirai untuk tahun 2020 dengan bermulanya Kursus Sains Sukan Tahap I pada 3-7 Februari 2020. Kursus Tahap I yang diberikan kod I(1) 2020 bertempat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara. Pendaftaran Kursus Sains Sukan untuk tahun 2020 adalah secara online di laman web [email protected]. Seramai 60 orang telah mendaftar Kursus Sains Sukan Tahap I  dan seramai 57 orang telah menghadiri kursus berkenaan.

Untuk tahun 2020, pertama kali topik baru diperkenalkan iaitu Anti Doping dan disampaikan oleh wakil dari Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) iaitu En.Nishel Kumar. Dato Marina Chin telah  menyampaikan ceramah untuk slot Kompetensi Sukan dan En. Gananathan dari IPG Cheras telah menyampai ceramah  Falsafah dan Sukan di Malaysia pada hari pertama kursus. Lain-lain penceramah ialah En. Manshahar Abdul Jalil dari Majlis Sukan Negara Malaysia, En. Christopher Pok, Cik Foo Kai Lin, En. Chok Chuen Leang, En. R Yuvaraj, Pn Nor Azura dan Pn Faezah Mat Jais dari Institut Sukan Negara. Kesemua 57 orang peserta  berjaya mengharungi lima hari berkursus dengan jayanya.