Untitled Design

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 2, 3 – 8 SEPTEMBER 2019, SARAWAK

KUCHING: Penganjuran Kursus Sains Sukan Tahap 2 yang pertama bagi tahun 2019 telah berlangsung pada 3 – 8 September 2019 di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak. Penyertaan dihadiri seramai 40 orang peserta, kebanyakannya terdiri dari golongan guru – guru sekolah, jurulatih – jurulatih negeri dan pegawai sukan negeri.

Kursus ini dilihat dapat memberi penekanan dan impak yang baik kepada semua peserta yang terlibat. Kursus Sains Sukan Tahap 2 merangkumi 10 subjek pembelajaran yang dijadualkan. Seramai 7 orang instruktur telah ditugaskan untuk memberi penerangan berkenaan subjek – subjek tersebut iaitu Dr. Chin Ngien Siong, En. Gordon Nicolaus, Dr. Pathmanathan, En. Lim Eng Hooi, En. Luke Anak Nicol, En. Dana Raja dan Pn. Rejina.

Majlis penutupan kursus ini telah dihadiri oleh YBrs. DR ONG KONG SWEE, Ketua Pengarah Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak. Kursus tamat dengan sesi fotografi bersama para peserta.