Sabah

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 2, 25 – 30 OGOS 2019, SABAH

KOTA KINABALU: Usaha berterusan Akademi Kejurulatihan (AKK) dan Majlis Sukan Nageri Sabah bagi melahirkan jurulatih yang berkualiti dalam mengendalikan pelbagai program latihan di setiap peringkat. Kursus Sains Sukan (KSS) Tahap 2 telah diadakan di Mini Auditorium, Fakulti Pendidikan dan Psikologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu pada 25 – 30 Ogos 2019.

Kursus kali ini disertai seramai 41 peserta dari seluruh negeri Sabah, yang mana terdiri dari 7 peserta guru sekolah, 27 peserta dari pelbagai bidang, 6 peserta jurulatih lantikan Majlis Sukan Negeri Sabah dan pelapis serta seorang jurulatih istimewa (OKU).

Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya.