Akk Politeknik

AKK – POLITEKNIK

PUTRAJAYA: Perbincangan bersama Politeknik telah diadakan pada 12 April 2019 di Galeria, Putrajaya yang dipengerusikan oleh Dr. Hjh. Shahiza Ahmad Zainuddin, Timbalan Pengarah Unit Pengajian Umum Politeknik. Sesi perbincangan ini telah dihadiri seramai sebelas (11) pegawai politeknik dan wakil dari Institut Sukan Negara, Dr. Vellapandian Pengarah Akademik Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) beserta pegawai AKK.

Intipati perbincangan ini menekankan kepada penambahbaikan dalam kursus ko-kurikulum sukan program pengajian yang akan menerapkan bidang kejurulatihan sukan. Pihak AKK berharap agar inisiatif ini dapat melonjakkan lagi pembangunan jurulatih di peringkat remaja.